DRB-HICOM Defence Technologies

DRB-HICOM Defence Technologies

Share

To be premier defence & security technology product and services provider.

25/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H

β€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”
β€” Surah Al-Ahzab, 33:21

Sempena Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama-sama menghayati dan meneladani akhlak mulia, kepimpinan serta perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam membina masyarakat yang berilmu, berintegriti dan penuh kasih sayang.

Semoga nilai-nilai yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW terus menjadi inspirasi dalam membentuk peribadi yang unggul serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada seluruh warga DEFTECH.

31/07/2026

Selamat Hari Pahlawan kepada semua rakyat Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Hari ini, kita kenang jasa dan pengorbanan pahlawan-pahlawan yang telah berjuang demi negara yang gugur syahid, yang cedera, dan yang masih berkhidmat sehingga kini.

DEFTECH bangga menjadi sebahagian daripada usaha membina keupayaan pertahanan negara, sebagai tanda sokongan kepada setiap pahlawan yang mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan tanah air.

Terima kasih, pahlawan kita. πŸ«‘πŸ‡²πŸ‡Ύ

Photos from DRB-HICOM Defence Technologies's post 28/07/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Tahniah DEFTECH Unmanned Systems!

DEFTECH dengan bangganya mengumumkan penyertaan anak syarikat kami, DEFTECH Unmanned Systems Sdn Bhd, dalam 12th International Search & Rescue (ISAR) Conference and Exhibition 2026 di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.

πŸ“ Booth B12
πŸ“… Pameran: 28 – 29 Julai 2026
πŸ“… Lawatan & Demo Pameran: 30 Julai 2026

Jemput singgah ke booth kami untuk lihat sendiri teknologi unmanned systems yang dibangunkan untuk aplikasi search & rescue. Tahniah dan semoga sukses kepada team DEFTECH Unmanned Systems! πŸ™Œ

Photos from DRB-HICOM Defence Technologies's post 17/07/2026

Satu lagi babak kerjasama strategik antara DEFTECH dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tercatat hari ini apabila Majlis Penyerahan Kenderaan 1 Tan Utiliti berlangsung di premis DEFTECH!

Kenderaan ini diserahkan khas kepada KD Rajawali, merangkumi pembekalan serta pemasangan alat ganti aksesori 4x4, sebagai sebahagian daripada komitmen DEFTECH dalam menyokong keperluan operasi dan logistik TLDM ke arah kesiapsiagaan yang lebih tinggi.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Kerjasama seperti ini mengukuhkan lagi peranan DEFTECH sebagai rakan strategik dalam industri pertahanan negara. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Photos from DRB-HICOM Defence Technologies's post 06/07/2026

Today, DEFTECH welcomed a delegation from Advantage Austria, led by the Head of Advantage Austria Kuala Lumpur, for a site visit to our Pekan Plant.

The visit offered an opportunity to showcase our manufacturing capabilities and explore potential areas of collaboration between Malaysia and Austria in the defence technology sector.
Thank you to Advantage Austria for taking the time to visit us!

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡¦πŸ‡Ή

Photos from Deftech Unmanned Systems's post 03/07/2026
16/06/2026

πŸŒ™ Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H

Semoga lembaran tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, ketenangan dan kekuatan untuk kita terus melangkah ke hadapan dengan semangat yang lebih baik.

Marilah kita jadikan hijrah sebagai inspirasi untuk memperkukuhkan ukhwah, memperbaharui azam serta membina masa depan yang lebih cemerlang bersama.

Salam Maal Hijrah 1448H.
1 Muharam 1448H

01/06/2026

DEFTECH dengan penuh hormat merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026.

Semoga Tuanku sentiasa sihat sejahtera dan terus menjadi tonggak kekuatan negara yang kita cintai.

Daulat Tuanku.
Dirgahayu Tuanku. πŸ‡²πŸ‡Ύ

26/05/2026

Selamat Hari Raya Eid al-Adha from all of us at DEFTECH! πŸŒ™

May this blessed occasion of sacrifice and gratitude bring peace, joy, and togetherness to you and your loved ones. Wishing everyone a meaningful 10 Zulhijjah 1447H.

Want your business to be the top-listed Furniture Store in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Lot 26, Jalan Pengapit 15/19, Section 15
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:45
Tuesday 08:30 - 17:45
Wednesday 08:30 - 17:45
Thursday 08:30 - 17:45
Friday 08:30 - 12:30
14:30 - 17:45