PKPP Plantation SDN. BHD.

PKPP Plantation SDN. BHD.

Share

PKPP Plantation mula beroperasi pada 1 hb April 2017. Dahulunya dikenali sebagai LKPP Timber Sdn Bhd

31/05/2026

Daulat Tuanku

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesejahteraan, keafiatan dan dilimpahi rahmat serta hidayah Allah SWT dalam memayungi negara dan rakyat Malaysia.

Daulat Tuanku

30/05/2026
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang yang dipupuk pada hari mulia ini membawa keberkatan serta mengeratkan silaturahim sesama kita.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima dan dirahmati Allah SWT.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kamu.”

Ikhlas daripada kami,
Selamat Hari Raya Aidiladha.

25/05/2026

Salam Hari Arafah 1447H

Hari Arafah adalah hari penuh keampunan, rahmat dan doa yang mustajab.
Marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta amalan kebaikan pada hari yang mulia ini.

“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”

Semoga segala amalan kita diterima, dosa-dosa diampunkan dan kehidupan sentiasa diberkati oleh Allah SWT.

Selamat berpuasa sunat Hari Arafah kepada semua umat Islam.

Photos from PKPP Plantation SDN. BHD.'s post 15/04/2026

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPP Plantation Sdn. Bhd

Pada 13 April 2026 yang lalu, telah berlangsung dengan meriahnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPP Plantation Sdn. Bhd. dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran barisan pengurusan kanan PKPP Negeri Pahang serta jemputan khas daripada kalangan bekas kakitangan yang telah bersara. Kehadiran mereka bukan sahaja mengeratkan silaturrahim, malah menjadi simbol penghargaan atas jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan.

Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan terus kukuh dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan pada masa hadapan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

14/04/2026

IKLAN JAWATAN KOSONG APRIL 2026

1. PENGURUS BAHAGIAN PERLADANGAN

Calon-calon yang berminat sila hantarkan surat permohonan beserta jawatan yang dipohon, resume lengkap, gaji yang dipohon dan gambar ukuran pasport kepada alamat dibawah atau emailkan kepada [email protected]

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30HB APRIL 2026
Iklan Jawatan Kosong boleh dimuat turun di laman sesawang kami https://www.pkppplantation.com.my/iklan_notis.html
Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi 095319797 / 095319898.

01/04/2026

Selamat Ulang Tahun ke-9 PKPP Plantation Sdn. Bhd.

Alhamdulillah, hari ini genap 9 tahun perjalanan PKPP Plantation Sdn. Bhd. dalam industri. Sepanjang tempoh ini, kami telah melalui pelbagai cabaran, meraih kejayaan demi kejayaan, dan terus memperkukuh kedudukan sebagai antara pemain utama dalam sektor perladangan.

Pencapaian ini tidak mungkin diraih tanpa komitmen, dedikasi dan usaha berterusan seluruh warga kerja serta sokongan semua pihak yang sentiasa bersama kami.

Semoga PPSB terus maju, berkembang dengan lebih pesat, serta melakar lebih banyak kejayaan yang membanggakan pada masa hadapan.

#1417

Want your business to be the top-listed Furniture Store in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


B56 & B58, Jalan Kurnia Jaya 2
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 08:15 - 17:15
Tuesday 08:15 - 17:15
Wednesday 08:15 - 17:15
Thursday 08:15 - 17:15
Friday 08:15 - 17:15