19/08/2026
π§ TINGKATKAN KEMAHIRAN, LUASKAN PELUANG KERJAYA ANDA!
Sertai Program Latihan Kompetensi Personel Binaan CIDB Malaysia β Basic Joint Maker yang direka khas untuk meningkatkan kompetensi tenaga kerja dalam industri pembinaan serta memenuhi keperluan pensijilan profesional CIDB Malaysia.
β
Pensijilan Kompetensi CIDB Malaysia
β
Diiktiraf sebagai Pekerja Mahir Binaan (Orang Kompeten)
β
Layak memperoleh mata CCD CIDB (Warganegara Malaysia)
β
Membantu pendaftaran dan pembaharuan lesen kontraktor CIDB
β
Tempoh latihan hanya *5 hari*
π° Yuran Tajaan CIDB: RM100 sahaja (tertakluk kepada syarat kelayakan)
π° Yuran Tanpa Tajaan: RM1,550
π Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan, Johor Bahru
Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kemahiran, memperkukuh kredibiliti profesional dan membuka lebih banyak peluang dalam industri pembinaan.
π Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi:
Pn Nisa β 019-727 0995
18/08/2026
KUNJUNGAN ZIARAH IHSAN KE KEDIAMAN ALLAHYARHAM MOHAMAD HAIRUL BIN ABDULLAH
Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan (ABMWS), Tn Hj Mohd Zaidi bin Rahmat telah mengadakan kunjungan ziarah ihsan ke kediaman keluarga Allahyarham Mohamad Hairul bin Abdullah, pelatih Program Latihan Kompetensi Kemahiran Pembinaan (Belia)β Pendawai Fasa Satu (PW2) Sesi Januari 2026, yang telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos 2026 akibat kemalangan jalan raya.
Kunjungan ini diadakan sebagai tanda keprihatinan, sokongan dan solidariti warga ABMWS terhadap keluarga Allahyarham dalam menghadapi saat yang penuh dugaan ini. Pada pertemuan ini, Tuan KPE telah menyampaikan sumbangan ihsan kepada waris sebagai tanda simpati warga kerja dan pelatih ABMWS atas hubungan yang terjalin sepanjang Allahyarham mengikuti program latihan di ABMWS.
Selain itu Tuan KPE turut menyerahkan borang permohonan tuntutan βPerlindungan Takaful Berkelompok Personel Binaan Berdaftar untuk CIDBβ dan memberikan penerangan yang berkaitan.
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh seluruh warga ABMWS. Semoga keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham Mohamad Hairul bin Abdullah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
11/08/2026
KUNJUNGAN HORMAT ABMWS & CIDB NEGERI JOHOR KE PEJABAT YB PENGERUSI JAWATANKUASA KERJA RAYA, PENGANGKUTAN, INFRASTRUKTUR DAN KOMUNIKASI NEGERI JOHOR
π 11 Ogos 2026
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan (ABMWS) bersama CIDB Negeri Johor telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Yang Berhormat Tuan Ir. Ts. Haji Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, pada 11 Ogos 2026.
Kunjungan ini merupakan kunjungan pertama selepas pelantikan semula beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor bagi penggal baharu, sekali gus menjadi platform untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara pihak ABMWS, CIDB Negeri Johor dan Kerajaan Negeri Johor.
Pertemuan ini turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh sinergi antara agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam usaha memperkasakan industri pembinaan serta pembangunan modal insan berkemahiran di Negeri Johor.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk pembangunan infrastruktur di Negeri Johor, keperluan tenaga kerja berkemahiran serta peluang kerjasama strategik yang boleh diterokai bagi menyokong agenda pembangunan dan aspirasi Maju Johor 2030.
Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dan membuka ruang kepada pelbagai inisiatif bersama demi kemajuan industri pembinaan serta pembangunan Negeri Johor.
04/08/2026
Jumpa anda Khamis nanti ya !
π·ββοΈ Anak lepasan sekolah masih mencari hala tuju?
π£ Temuduga Terbuka Program Belia 2026 kini dibuka!
π‘ Kelebihan program:
βοΈ Tajaan latihan CIDB
βοΈ Elaun latihan disediakan
βοΈ Makan & minum sepanjang latihan
βοΈ Pakaian latihan, insurans & asrama
βοΈ Pendedahan industri & latihan praktikal
βοΈ Laluan kemahiran ke alam pekerjaan
π Maklumat Temuduga
ποΈ 6 & 13 Ogos 2026
π 9.00 pagi β 12.00 tengah hari
π Dewan Besar CIDB Negeri Johor
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 β 35 tahun
- Sihat tubuh badan
- Boleh membaca, menulis & mengira
- 21 tahun ke atas bagi kursus Crawler, Tower & Mobile Crane
π Dokumen diperlukan
- Gambar pasport
- Salinan kad pengenalan
- Sijil akademik berkaitan
Salinan lesen memandu bagi kursus Crawler, Tower & Mobile Crane
π² Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.
Peluang terbaik untuk anak-anak membina kemahiran, keyakinan dan masa depan dalam industri pembinaan.
15/07/2026
Setinggi-tinggi Tahniah
Seluruh warga kerja Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan (ABMWS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Dato' Onn Hafiz bin Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor Ke-20.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan kebijaksanaan, kekuatan dan keberkatan dalam memimpin Negeri Johor ke arah kemajuan, kemakmuran serta kesejahteraan rakyat.
Ikhlas daripada
Pengurusan & Seluruh Warga Kerja
Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan)
13/07/2026
π·ββοΈ Anak lepasan sekolah masih mencari hala tuju?
π£ Temuduga Terbuka Program Belia 2026 kini dibuka!
π‘ Kelebihan program:
βοΈ Tajaan latihan CIDB
βοΈ Elaun latihan disediakan
βοΈ Makan & minum sepanjang latihan
βοΈ Pakaian latihan, insurans & asrama
βοΈ Pendedahan industri & latihan praktikal
βοΈ Laluan kemahiran ke alam pekerjaan
π Maklumat Temuduga
ποΈ 6 & 13 Ogos 2026
π 9.00 pagi β 12.00 tengah hari
π Dewan Besar CIDB Negeri Johor
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 β 35 tahun
- Sihat tubuh badan
- Boleh membaca, menulis & mengira
- 21 tahun ke atas bagi kursus Crawler, Tower & Mobile Crane
π Dokumen diperlukan
- Gambar pasport
- Salinan kad pengenalan
- Sijil akademik berkaitan
Salinan lesen memandu bagi kursus Crawler, Tower & Mobile Crane
π² Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.
Peluang terbaik untuk anak-anak membina kemahiran, keyakinan dan masa depan dalam industri pembinaan.
10/07/2026
π²πΎ SELAMAT PULANG MENGUNDI π²πΎ
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan (ABMWS) mengucapkan Selamat Pulang Mengundi kepada seluruh warga Johor yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Semoga perjalanan pulang ke kampung halaman dipermudahkan dan sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tunaikan tanggungjawab dengan penuh integriti, hormati perbezaan pandangan, dan terus kekalkan semangat perpaduan.
Setiap undi adalah amanah. Gunakan hak anda dengan bijaksana demi masa depan Johor.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan anda kembali ke destinasi masing-masing dengan selamat.
10/07/2026
π’ TEMUDUGA TERBUKA
Program Latihan Belia Kompetensi Kemahiran Pembinaan
Wireman PW2 | Wireman PW4 | AO (Chargeman)
Ingin membina kerjaya yang stabil dan berkemahiran tinggi dalam industri elektrikal? Sertai Program Latihan Belia Kompetensi Kemahiran Pembinaan dan rebut peluang mengikuti latihan profesional selama 24 bulan.
πTarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
π Masa: 9.00 pagi β 12.00 tengah hari
π Tempat: Dewan Besar CIDB
Kelayakan:
β‘ Wireman PW2
β’ SPM
β’ Lulus Matematik
β‘ Wireman PW4
β’ SPM
β’ Lulus Bahasa Melayu, Matematik & Sains
β‘ AO (Chargeman)
β’ SPM
β’ Memiliki Sijil Kompeten ST
π Sila bawa dokumen berikut semasa temuduga:
β’ Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
β’ Salinan Sijil SPM
β’ Gambar berukuran pasport
π Maklumat lanjut:
019-716 0995
π² Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.
Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kemahiran, memperoleh pensijilan dan membina kerjaya yang lebih cerah dalam industri pembinaan serta elektrikal.
ABM Wilayah Selatan β Bersama Membina Masa Depan Yang Lebih Cerah. ππ
09/07/2026
Pertemuan & Perbincangan Bersama Bahagian TVET, JPN Johor
Pada 9 Julai 2026 (Khamis), Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan (ABMWS) telah mengadakan sesi pertemuan dan perbincangan bersama Tn. Hj. Abdul Karim bin Masiran, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), Bahagian TVET, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).
Sesi ini bertujuan mengukuhkan hubungan strategik serta membincangkan peluang kerjasama dalam memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET), khususnya dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada golongan belia untuk memperoleh latihan kemahiran yang berkualiti, seterusnya menyokong pembangunan modal insan dan kemajuan sektor pembinaan negara.
Terima kasih kepada Tn. Hj. Abdul Karim bin Masiran serta pihak Bahagian TVET, Jabatan Pendidikan Negeri Johor atas kesudian menerima kunjungan dan berkongsi pandangan demi memartabatkan agenda TVET.