11/06/2026
๐๐ญ๐ก๐ ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ฒ๐ ๐๐๐น๐ฎ๐บ๐ถ๐ฐ ๐ฆ๐ผ๐ฐ๐ถ๐ฎ๐น ๐๐ถ๐ป๐ฎ๐ป๐ฐ๐ฒ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฝ๐ฒ๐ฐ๐๐ถ๐๐ฒ๐ ๐ฎ๐ ๐๐ต๐ฒ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ต๐ถ๐น๐ฎ๐ป๐๐ต๐ฟ๐ผ๐ฝ๐ ๐๐ผ๐ป๐ณ๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
11 June 2026 โ Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) was honoured to participate in the Malaysia Philanthropy Conference 2026, held at Taming Sari 3 Ballroom, Royale Chulan Kuala Lumpur.
The conference brought together key stakeholders from the philanthropy, social finance, corporate, and community development sectors to explore sustainable approaches and innovative solutions for strengthening social well-being and community resilience.
Representing LZNK was Mr. Mohamad Zaidi Bin Azizan, Chief Collection Officer, who served as a panellist in the special session entitled: โFinancing What Next After Philanthropic Financing โ Scalable and Self-Sustaining Financing.โ
During the discussion, Mr. Mohamad Zaidi shared LZNKโs experience and perspectives on how Islamic Social Finance can serve as a catalyst for sustainable community development through instruments such as zakat, waqf, and sadaqah. He also highlighted the importance of strategic partnerships, innovation, and long-term approaches in enhancing social impact and creating sustainable outcomes for communities.
LZNKโs participation reflects its continued commitment to advancing the Islamic Social Finance ecosystem as a powerful mechanism for addressing social challenges, empowering communities, and driving inclusive and sustainable development.
As the landscape of philanthropy continues to evolve, collaboration and innovative financing models remain essential in ensuring that social impact initiatives are scalable, sustainable, and capable of delivering lasting benefits to society.
โโโโโโโโโโโโโโโ
๐๐ญ๐ก๐ ๐๐ข๐ก๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐ฃ๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐ข๐ฆ๐๐๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ข๐ฃ๐ฌ ๐๐ข๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
11 Jun 2026 โ Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah berbesar hati menyertai Malaysia Philanthropy Conference 2026 yang berlangsung di Taming Sari 3 Ballroom, Royale Chulan Kuala Lumpur. Persidangan berprestij ini menjadi platform pertemuan pelbagai pemegang taruh daripada sektor filantropi, kewangan sosial, korporat dan pembangunan komuniti untuk membincangkan pendekatan serta penyelesaian mampan dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat.
Penyertaan LZNK diwakili oleh Encik Mohamad Zaidi Bin Azizan, Ketua Pegawai Kutipan LZNK, yang tampil sebagai panelis bagi sesi khas bertajuk:
โFinancing What Next After Philanthropic Financing โ Scalable and Self-Sustaining Financingโ
Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi pengalaman dan perspektif LZNK mengenai bagaimana Kewangan Sosial Islam mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti yang mampan melalui instrumen seperti zakat, wakaf dan sedekah, di samping memperkukuhkan impak sosial menerusi kerjasama strategik, inovasi serta pendekatan jangka panjang.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen LZNK dalam memperkasakan ekosistem Kewangan Sosial Islam yang bukan sahaja membantu golongan memerlukan, malah berupaya mewujudkan pembangunan yang lestari dan berimpak tinggi kepada masyarakat.
11/06/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐
(Keutamaan Kepada Syarikat Bumiputera Yang Membayar Zakat Pendapatan/perniagaan Dengan LZNK Bagi Tahun 2025) Yang Berdaftar Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Tarikh Iklan : 21 APRIL 2026,(SELASA)
Tarikh Taklimat : 4 MEI 2026. (ISNIN)
Waktu Taklimat : 9.30 PAGI (WAJIB), MAAHAD DINI SULTAN ABDULHALIM S*K
Tarikh Tutup : 2 JUN 2026 (SELASA) SEBELUM 12.00 TENGAH HARI
Klik Sini >>https://www.lznk.com.my/tawaran-iklan/
11/06/2026
๐ข ๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐
Ingin memahami lebih lanjut tentang peranan sedekah dan wakaf dalam membangunkan ummah? Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami dalam Forum Bual Bicara Sedekah dan Wakaf Lembaga Zakat Negeri Kedah.
๐ 12 Jun 2026 (Jumaat)
๐ Selepas Maghrib
๐ Masjid Al-Maโrif, Tanjung Musang, Pokok Sena
Menampilkan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada panel jemputan LZNK berkaitan pengurusan, manfaat serta impak sedekah dan wakaf kepada masyarakat.
๐ Panel Jemputan:
โช๏ธ Ustaz Shazril Hanis bin Salim
Ketua Divisyen Pendidikan LZNK
โช๏ธ Encik Ahmad Dandrawi bin Kamaruddin
Ketua Unit Pemasaran Pusat Sedekah & Wakaf LZNK
๐ค Moderator:
โช๏ธ Encik Ahmad Akmal bin Shabudin
Pusat Sedekah & Wakaf LZNK
โจ Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.
11/06/2026
๐๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐จ๐ ๐๐ ๐๐ ๐ฅ๐จ๐ ๐๐, ๐๐ญ๐ก๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ก๐ง๐จ๐ก๐ ๐๐ฆ๐ก๐๐ ๐๐ ๐๐จ๐๐๐ง ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐จ
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan kerjasama Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah melaksanakan Program Sentuhan Ummah sebagai usaha menyantuni golongan asnaf serta meninjau sendiri keadaan penerima agihan zakat di lapangan.
Delegasi LZNK diketuai oleh Encik Muhammad Suraidi bin Saad, Ketua Pegawai Agihan LZNK bersama barisan pengurusan tertinggi LZNK serta Pegawai Zakat Daerah Kuala Muda, Encik Ahmad Mustaqim bin Zainul Abidin. Manakala delegasi JBG dipimpin oleh Haji Nassir Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), turut disertai oleh Tuan Shukran bin Yusof, Pengarah Bahagian Pengantaraan Syariah dan Tuan Mohd Zaki bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah serta pegawai-pegawai kanan JBG.
Program yang berlangsung di Khariah Masjid Al Wajdi Bukit Selambau, Daerah Kuala Muda ini melibatkan ziarah ke rumah-rumah asnaf yang menerima agihan LZNK termasuk penerima Agihan Kewangan Bulanan.
Melalui kunjungan ini, delegasi berpeluang melihat sendiri realiti kehidupan asnaf, mendengar luahan mereka serta memahami cabaran yang dihadapi dalam meneruskan kehidupan seharian.
Semoga setiap zakat yang ditunaikan menjadi asbab kebahagiaan buat mereka yang memerlukan serta terus memperkukuh usaha membina masyarakat yang lebih sejahtera, penyayang dan saling membantu.
11/06/2026
๐๐ง๐๐ ๐ฉ๐๐ฌ๐ญ๐ข ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ฅ-๐๐๐ญ๐ฎ๐ฅ ๐๐๐ก๐๐ฆ ๐ญ๐๐ง๐ญ๐๐ง๐ ๐ณ๐๐ค๐๐ญ?
Jom dengarkan slot Zakat & Ummah bersama Datoโ Hj Ahmad Faisol bin Hj Omar, Ahli Lembaga Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang akan mengupas tajuk โSalah Faham Mengenai Zakatโ.
๐ 11 Jun 2026 (Khamis)
๐ 3.15 petang โ 3.45 petang
๐ป Kedah FM
Ketahui beberapa salah faham yang sering berlaku dalam masyarakat berkaitan zakat serta penjelasan yang tepat mengenainya.
Jangan lupa ikuti siaran secara langsung!
11/06/2026
๐๐๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ ๐๐ข๐ค๐๐ง๐๐ง๐ , ๐๐ฎ๐๐ข๐ฆ๐ฎ ๐๐ข๐ฌ๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ .
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat Encik Khadri bin Shaari, Penolong Pegawai Eksekutif Gred ZP201, Pejabat Zakat Daerah Padang Terap, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) atas segala dedikasi, keikhlasan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di LZNK bermula 15 Disember 1991 sehingga 13 Jun 2026.
Semoga persaraan ini akan membawa ketenangan, kebahagiaan dan kesihatan yang berpanjangan bersama keluarga tersayang.
Selamat Bersara Encik Khadri bin Shaari
"Indah mentari di ufuk pagi,
Cahaya bersinar menyeri laman,
Jasa dan bakti dikenang abadi,
Amanah dipikul penuh keikhlasan."
Ikhlas Daripada:
Ketua Pegawai Eksekutif & Seluruh Warga Kerja
Lembaga Zakat Negeri Kedah
10/06/2026
๐ง๐๐๐ฌ๐๐๐ฆ๐ & ๐ ๐ข๐ฌ๐โ ๐๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ง ๐ญ๐๐๐๐ง ๐๐๐๐๐
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah menyempurnakan penyerahan Sijil Muzakki serta Logo Sahabat Zakat Kedah kepada Tuan Muhammad Adli Nazim, atau lebih dikenali sebagai Boss Mad, sebagai penghargaan atas komitmen perniagaan Teh Yeish dan Moyeโ dalam menunaikan zakat perniagaan melalui LZNK.
Pengiktirafan ini merupakan tanda penghargaan kepada usahawan yang melaksanakan tanggungjawab zakat serta bersama-sama menyumbang kepada kesejahteraan ummah melalui institusi zakat.
Boss Mad turut berkongsi harapan agar lebih ramai peniaga di Kedah mengambil peluang menunaikan zakat perniagaan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab dan keberkatan dalam perniagaan.
โSaya menyeru kepada semua peniaga di Kedah ini agar turut sama-sama menunaikan zakat perniagaan. Doakan Teh Yeish dan Moyeโ akan terus maju serta dapat menunaikan zakat secara konsisten.โ
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada LZNK. Semoga hubungan kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuhkan dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan untuk menunaikan zakat perniagaan.
Jom jadi Muzakki dan Sahabat Zakat Kedah.
Daftar sekarang di:
๐ jom.zakatkedah.com.my
10/06/2026
๐๐๐ ๐ ๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐๐ ๐๐ญ๐ก๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ ๐ช๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ก
9 Jun 2026 โ Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada CIMA bagi membincangkan potensi kerjasama berkaitan projek Wakalah Agihan.
Delegasi LZNK diketuai oleh En. Mohamad Zaidi bin Azizan, Ketua Pegawai Kutipan LZNK. Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah delegasi CIMA yang dipimpin oleh Pn. Zanariah Abd Ghani, Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi CIMA, bersama wakil-wakil daripada kedua-dua organisasi.
Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan serta memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha memastikan manfaat wakalah dapat disalurkan dengan lebih berkesan kepada golongan yang memerlukan.
Semoga perbincangan yang berlangsung dapat membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat serta memberi impak positif kepada masyarakat pada masa hadapan.