SMK Taman Desa Tebrau

SMK Taman Desa Tebrau

Share

This is an official page of SMK Taman Desa Tebrau. SMK Taman Desa Tebrau is a secondary school located near AEON & IKEA Tebrau in Johor Bahru.

Photos from SMK Taman Desa Tebrau's post 02/08/2026

๐Ÿ“š PENEBUSAN BAUCAR BUKU MADANI 2026 ๐Ÿ“š

Berita baik untuk semua murid!

Semua murid SMKTDT layak untuk menebus Baucar Buku MADANI 2026 bernilai RM100 melalui laman web BOOK CAPITAL.

๐Ÿ—“ Tempoh penebusan:
1 Julai hingga 31 Oktober 2026

๐ŸŒ Tebus di:
Website BOOK CAPITAL

TATACARA PENEBUSAN BAUCAR BUKU MADANI 2026

1๏ธโƒฃ https://delima.bookcapital.com.my
2๏ธโƒฃ Sign up with DELIMA Account
3๏ธโƒฃ Masukkan ID DELIMA
4๏ธโƒฃ Masukkan password
5๏ธโƒฃ Registration successful,โžก๏ธklik OK
6๏ธโƒฃPilih sekurang-kurangnya SATU buku dari Judul Khas Buku Baucar Madani โžก๏ธAdd to cart
7๏ธโƒฃ Pilih buku yang diinginiโžก๏ธAdd to cart
8๏ธโƒฃ Checkout๐Ÿ›’
9๏ธโƒฃ Masukkan alamat rumah ๐Ÿ 
๐Ÿ”Ÿ Pilih Courier๐Ÿš›
1๏ธโƒฃ1๏ธโƒฃ Use Book Voucher โžก๏ธKlik BUKU BAUCAR MADANI 2026 (RM100)
1๏ธโƒฃ2๏ธโƒฃ Pay Now ๐Ÿ’ต
1๏ธโƒฃ3๏ธโƒฃ Selesai ๐Ÿ‘

Tahniah kepada yang telah membuat penebusan baucar buku ๐ŸŽŠ๐ŸŽŠ๐ŸŽŠ๐ŸŽŠ

Murid-murid digalakkan untuk membuat penebusan lebih awal dan tidak menunggu saat akhir.

Gunakan peluang ini untuk mendapatkan bahan bacaan yang bermanfaat seperti buku cerita, novel, buku rujukan, komik ilmiah dan bahan bacaan pilihan anda.

๐Ÿ“– Jom tebus baucar buku anda!
๐Ÿ“– Jom jadikan membaca sebagai amalan harian!





01/08/2026

๐Ÿšจ๐Ÿšจ๐ŸšจSertai KEMPEN MEMBACA HUJUNG MINGGU โœจ

๐Ÿ“… 1 hingga 2 Ogos 2026
โญ๏ธ Tambah Bintang NILAM anda!

120-239 bahan bacaan = ๐ŸŒŸ
240-359 bahan bacaan = ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
360-479 bahan bacaan = ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
480-599 bahan bacaan = ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
600 ke atas = ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Rekod bacaan di Skoolbeez ๐Ÿ‘‡:
https://skoolbeez.my/

Tak tahu nak baca dari sumber mana??
Boleh baca dari Rak Maya kita ๐Ÿ‘‡:
https://smktdt.rakmaya.com

Video panduan perekodan ๐Ÿ‘‡:
https://drive.google.com/file/d/1VVrSV9DTTXr5pT_R8YxJ3i0QL4Idfkzd/view?usp=sharing

Sehari membaca, manfaatnya sepanjang hayat๐Ÿ’™๐Ÿ’›

27/07/2026

โœจ Selamat Datang ke SMK Taman Desa Tebrau โœจ

Warga SMK Taman Desa Tebrau mengucapkan selamat datang kepada Encik Baharudin bin Ishak, Pengetua SMK Taman Desa Tebrau.

Semoga kehadiran beliau membawa inspirasi, semangat baharu dan terus memacu kecemerlangan sekolah.

Photos from SMK Taman Desa Tebrau's post 24/07/2026

๐ŸŽ‰ Jom Singgah! Jom Support Anak-Anak Murid Kita! ๐ŸŽ‰

Warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat dijemput hadir memeriahkan Hari Kokurikulum & Keusahawanan sekolah.

Anak-anak murid daripada semua unit badan beruniform sedang bersemangat berniaga dan menanti kehadiran anda. ๐Ÿ˜Š

๐ŸŒญ๐Ÿ” Pelbagai makanan dan minuman yang sedap, serta pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Setiap pembelian bukan sekadar membeli, tetapi menjadi tanda sokongan dan penghargaan kepada usaha, kreativiti serta semangat keusahawanan murid-murid kita.

โค๏ธ Jom sama-sama kita meriahkan suasana dan berikan sokongan padu kepada anak-anak kita. Datang ramai-ramai, singgah di setiap gerai dan jangan lupa bawa keluarga serta rakan-rakan!

๐Ÿ“… Tarikh: 25 Julai 2026
๐Ÿ•˜ Masa: 7.30 pagi- 12.30 tgh hari
๐Ÿ“ Tempat: Sekitar Sekolah

Jumpa anda di sana! Terima kasih kerana sentiasa menyokong usaha dan bakat anak-anak murid kita. ๐Ÿ’š

23/07/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA / PENJAGA

๐ŸŽ’ PERIKSA BEG ANAK, SEKOLAH LEBIH SELAMAT ๐Ÿ˜ƒ

Keselamatan murid merupakan tanggungjawab bersama antara ibu bapa dan pihak sekolah. Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama meluangkan sedikit masa setiap pagi untuk memeriksa beg anak sebelum mereka hadir ke sekolah.

โœ… Pastikan beg hanya mengandungi keperluan pembelajaran.
โœ… Periksa setiap ruang beg termasuk bekas pensel dan bekas makanan.
โœ… Pastikan tiada barang-barang yang dilarang dibawa ke sekolah.

Usaha yang kecil di rumah mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, harmoni dan kondusif untuk semua warga sekolah.

๐Ÿค Kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah adalah kunci kepada keselamatan serta kesejahteraan anak-anak kita.

Terima kasih atas sokongan dan komitmen semua ibu bapa/penjaga.






21/07/2026

Ucapan Takziah

Seluruh warga SMK Taman Desa Tebrau merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Cikgu Azian binti Ahmad atas pemergian insan yang dikasihi.

Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya kepada Allahyarhamah, menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi dugaan ini.

Sesungguhnya pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, warga sekolah dan semua yang pernah mengenali serta menghargai jasa dan baktinya.

Al-Fatihah.

"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali."

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆ ู†ูŽ

18/07/2026

๐Ÿ“•๐Ÿ“•๐Ÿ“•Jom sertai Kempen Membaca Hujung Minggu

Dapatkan dan kumpul sijil untuk mata PAJSK anda ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰

Jom capai Lebih banyak bintang dalam rekod NILAM anda๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Jumlah bacaan mengikut capaian bintang:

120-239 bahan bacaan = ๐ŸŒŸ
240-359 bahan bacaan = ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
360-479 bahan bacaan = ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
480-599 bahan bacaan = ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
600 ke atas = ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Rekod bacaan anda di๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡:
https://skoolbeez.my/

Selamat membaca dan berhujung minggu๐ŸŽŠ๐ŸŽŠ๐ŸŽŠ

16/07/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN HARI DISKUSI SMK TAMAN DESA TEBRAU 2026 ๐Ÿ“ข

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera kepada semua ibu bapa, penjaga, dan warga SMK Taman Desa Tebrau.

Bagi membincangkan perkembangan akademik, sahsiah, dan kecemerlangan anak-anak kita, pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir ke Hari Diskusi SMK Taman Desa Tebrau 2026 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Hari: Jumaat
๐Ÿ“† Tarikh: 17 Julai 2026
โฐ Masa: 9.30 Pagi โ€“ 11.30 Pagi
๐Ÿ“ Tempat: Kelas Masing-masing
๐Ÿ‘ฅ Kehadiran: Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid (Sesi Pagi & Petang)
๐Ÿ‘• Para ibu bapa dan penjaga dimohon untuk memakai pakaian yang sopan dan bersesuaian.

Kerjasama dan kehadiran tuan-tuan serta puan-puan amat dihargai demi kecemerlangan anak-anak dan kemajuan sekolah. Terima kasih!

15/07/2026

๐Ÿ“ฃ ๐ŸŽŠ ๐Ÿฅณ ๐ŸŽ‰ ๐Ÿ“ฃ

Hear! Hear!

Our school carnival is FINALLY BACK!! Come and join us for a day full of fun activities and good food. There's a lot of things to buy, food to taste, games to play and all are at affordable prices!

Join us next Saturday, 25th July 2026, at SMK Taman Desa Tebrau! ๐Ÿ˜

22/05/2026

๐Ÿ”ฅ TAMAT SUDAH DEBARAN! ๐Ÿ”ฅ

Selesai sudah aksi larian, sorakan, dan gempita Hari Kejohanan Olahraga Kali ke-21 SMK Taman Desa Tebrau bagi tahun 2026! Padang SMKTDT hari ini saksi kehebatan dan kebangkitan semua atlet rumah sukan dengan tema-tema yang sangat kreatif!

Berdiri megah di atas podium hari ini:
โœจ RUMAH SURIA ๐ŸŸก- Muncul sebagai JUARA ๐Ÿฅ‡ keseluruhan kejohanan! ๐Ÿ†
โœจ RUMAH MENTARI ๐Ÿ”ด- Naib Juara ๐Ÿฅˆ
โœจ RUMAH TROPIKA ๐ŸŸข- Tempat Ketiga ๐Ÿฅ‰
โœจ RUMAH SAMUDERA ๐Ÿ”ต- Tempat Keempat ๐Ÿ…

Kalah atau menang bukan penentu segalanya, yang paling utama adalah semangat setiakawan dan kerjasama yang ditunjukkan. Anda semua adalah juara di hati kami! โค๏ธ

Want your business to be the top-listed Furniture Store?

Telephone

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 16:00